Faris bersama surat perjanjian serta rumah yang di beli |
Setiap individu pasti ingin memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumahnya sendiri walau sekecil mana pun asalkan dia memiliki sebuah rumah dan tidak perlulah menyewa sehingga ke hari tua.
Tetapi bagaimana jika rumah yang kita beli itu bermasalah pasti akan mengundang kekecewaan dalam diri kita yang begitu inginkan rumah sendiri yang selesa buat sekeluarga.
Tiada pengalaman dalam membeli hartanah rumah juga boleh mendatangkan masalah kepada diri seseorang itu apatah lagi jika rumah tersebut merupakan rumah subsale atau secondhand.
Bagi seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Faris, beliau telah berkongsikan pengalamannya sendiri membeli rumah subsale supaya ianya dapat di jadikan pengajaran buat orang di luar sana yang ingin membeli rumah sepertinya.
Menurut Faris, itu merupakan kesilapannya ketika membeli rumah subsale serta ianya merupakan rumah pertamanya dan kerana itu dia telah melakukan kesilapan terbabit oleh di sebabkan tiada sebarang pendedahan mahupun pengalaman dalam membeli hartanah.
Pasti semua tertanya-tanya apa kesilapan yang saya buat bukan, saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 2016 yang dibeli secara subsale namun apa yang menjadi kesilapan saya adalah saya telah membenarkan owner rumah terbabit menyewa rumah terbabit daripada saya selepas urusan sewa beli berjaya.
Itu maksudnya owner ini dah jual rumah terbabit kepada saya tetapi dia masih lagi menetap di situ dengan membayar sewa kepada saya, jika dari pandangan kita memanglah tak ada masalah asalkan bayar sewa betul tak.
Tetapi kalau ikut logik pula kenapa dia nak jual rumah itu kalau tetap nak duduk dekat rumah itu jadi kan lebih elok jika dia terus bayar saja loan bank dia.
Itulah tanda-tandanya owner terbabit mempunyai masalah kewangan dan kalau dapat teka jika dah tentu-tentu ada masalah kewangan tahu-tahu sajalah pasti nak membayar sewa rumah pun ada kalanya tersangkut.
Kalau nak cakap sewa itu memang selalu sangkut tetapi baru-baru ini sewa rumah sampai dah lewat dua minggu daripada tarikh asal yang sepatutnya dia membayar sewa jadi saya terpaksa mengeluarkan notis pengusiran kepadanya atas kelewatan sewanya.
Saya telah berikan notis untuk dia berpindah dalam masa sebulan setengah namun dua minggu selepas notis terbabit di keluarkan dia pun telah berpindah keluar serta telah meminta pemulangan wang deposit penuh terhadap saya.
Tetapi saya tidak memulangkan deposit rumahnya atas faktor kerosakkan yang dilakukan oleh penyewa terbabit sehingga menyebabkan perbalahan antara kami berdua pemilik lama yang menjadi penyewa dengan pemilik baru.
Ketika dia berpindah keluar terdapat beberapa kerosakkan yang dilakukan di rumah terbabit di antaranya pintu, tandas, sinki dan siling rumah terbabit manakala dua kipas syiling, papan nombor rumah serta peti surat yang telah dicabutkan.
Pemilik rumah lama berkenaan telah membangkitkan pertelingkahan dengan mengatakan saya tidak memiliki hak ke atas barangan terbabit sedangkan dalam perjanjian jual beli terbabit jelas di tulis bahawa "as is where is'.
Itru bermakna saya memiliki hak ke atas semua barangan yang ada di dalam rumah berkenaan termasuklah kipas, lampu, tabletop, grill dan sebagainya.
Jika kita tidak tahu mengenai perjanjian tersebut pasti dengan sewenang-wenangnya pemilik lama terbabit boleh memperbodohkan kita yang tidak mengetahui apa-apa.
Maka dengan termeterainya perjanjian terbabit membolehkan saya menggunakan wang deposit sewa terbabit bagi menggantikan segala barangan yang telah di ambil serta membaik pulih segala kerosakkan yang dilakukan oleh penyewa terbabit.
Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini proses baik pulih rumah berkenaan masih lagi berjalan dan saya hanya akan memulangkan deposit rumah terbabit jika terdapat baki selepas selesai urusan membaik pulih segala kerosakkan.
Pengajaran yang kau orang semua boleh dapat daripada pengalaman aku sendiri ialah jangan bagi pemilik rumah lama menyewa dengan kamu semula selepas selesai urusan jual beli supaya tidak timbul masalah seperti ini di kemudian hari.
Kalau nak ambil rumah subsale boleh saja asalkan pastika pemilik lama terus mengosongkan rumah terbabit selepas selesai urusan sewa beli.
Kebanyakkan rata-rata orang dekat luar sana memang tak tahu benda ini, jadi saya kongsikan kepada anda supaya boleh di jadikan pengajaran buat semua.
0 Response to "Silap Saya Beli Rumah Secondhand Kali Pertama"
Post a Comment