Maafkan Daddy..Baby Nurfauzana pergi jua temani ibu keduanya maut tercampak(8Gambar)

Dungun: Suasana cemas di Kawasan kemalangan yang mana seorang wanita dan anak tercampak dari kereta suami yang terbalik akibat tayar pecah manakala suami nya hanya cedera dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang di sini hari ini.

Orang ramai dan pihak perubatan sedaya upaya memberi rawatan kecemasan kepada bayi berusia 7bulan namun setelah berbagai usaha dilakukan bayi terbabit menghembus nafas terakhir setiba di Hospital Dungun mengikuti jejajak ibu nya yang terlebih dahulu pergi impak kemalangan tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, Nurbani Fartini Ahmad Farnizar Bani, 25, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.















Tambah memilukan bayi perempuannya, Nur Fauzana Mohd Nazri yang dipangku di ribanya sewaktu kejadian turut meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Mohd. Zailani Yaakob berkata, sewaktu kejadian kereta Honda Accord yang dipandu suami mangsa, Mohd. Nazrin Nizam, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pulau Serai di sini dari rumah keluarga Nurbini Fatini di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebuah tayar belakang kereta itu tiba-tiba meletup hingga menyebabkan kenderaan yang dinaiki keluarga terbabit merempuh sebatang tiang lampu terletak di pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.

“Ibu dan bayi tersebut tercampak keluar dari kereta tersebut manakala suami mangsa yang memandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Suasana pilu ditempat kejadian melihat suami yang sekelipmata kehilangan insan yang dirinya sayang semoga suami ini kuat dan tabah Allah lebih sayangkan anak dan isterinya. Al fatihah

Sumber: beritasayu

0 Response to "Maafkan Daddy..Baby Nurfauzana pergi jua temani ibu keduanya maut tercampak(8Gambar)"

Post a Comment