Semua orang sedia maklum akan hakikat yang hartanah dan rumah kini melambung harganya berbanding 10 atau 20 tahun dahulu. Dengan kos sara hidup yang meningkat, tangga gaji yang tidak bergerak, dan juga GST, adalah mustahil bagi eksekutif muda untuk memiliki hartanah dan rumah baru, apatah lagi untuk mendapatkan rumah dengan hiasan dalaman yang trendy. Rumah teres berharga setengah juta ke atas adalah perkara biasa di Lembah Klang dan kini tidak lagi mengejutkan.
Bertitik-tolak daripada ini, kini telah wujud trend baru di kalangan eksekutif muda. Beli rumah ‘second-hand’ (atau selalu disebut ‘sub-sale’) dan buat pengubahsuaian yang major. Boleh dikatakan ramai juga antara golongan muda menghubungi kami di H+F Design Studio meminta idea rekabentuk untuk proses ‘makeover’ ini.
Inginkan ubahsuai elegan yang lebih menjimatkan? Kami ada caranya!
Tips #1 : Kosongkan Rumah Anda Dari Sentuhan Silam
Bila sahaja anda terima rumah second-hand anda, tentunya masih terdapat perabot lama, tirai yang usang, barangan kelengkapan yang masih elok tetapi ditinggalkan dan sebagainya. Jangan terasa sayang dengan barang-barang ini. Kosongkan rumah sehabis boleh.
Gambar: The Organised Home
Barang-barang yang masih boleh digunakan, jual sahaja di ‘car boot sale’ atau muatnaik sahaja ke laman sosial untuk dijual. Hasil jualan boleh digunakan untuk membeli perabot baru. Nafas baru memerlukan sentuhan baru.
Dah dapatkan duit hasil jualan, terus ke SINI untuk pilihan hiasan rumah pada harga patut.
Tips #2 : Kemasan Lantai Yang Lebih Segar
Perkara utama yang akan membezakan antara rumah lama dan baru ialah kemasan lantai. Sesetengah orang terasa takut untuk melakukan perubahan ini kerana risau dengan kos yang bakal ditanggung. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai hari ini yang boleh didapati dengan harga mampu milik. Dari kemasan simen (‘bare finish’) hinggalah kemasan jubin pelbagai corak dan gaya hinggalah kemasan ‘laminated timber’ yang memberi rasa ‘warm feeling’.
Gambar: Azedu
Percayalah, sebaik sahaja anda menukar kemasan lantai anda, perbezaan ketara akan dapat dirasai. Cuba buat carian internet Kimgress Tiles, White Horse Tiles, Feruni Tiles, Inovar Flooring, Floor Depoh dan sebagainya. Anda akan terpesona dengan pilihan yang ada.
Setelah anda pilih lantai yang berkenan di hati. Padankan denga karpet Delux Shaggy Rugs Carpet ini.
Tips #3 : Dinding Yang Bersih dan Tidak Menyesakkan
‘Less is More’. Anda tidak perlu memenuhkan dinding anda dengan segala macam barangan perhiasan yang bakal mengumpul debu dan habuk. Ini bukan lagi zaman 80an di mana replika sudu dan garfu besar digantung di dinding.
Gambar: Vaghaye
Juga tidak perlu pelbagai warna dinding menjerit-jerit meminta perhatian anda. Pilih sekurang-kurangnya dua warna dan maksimum tiga warna sahaja. Anda boleh cat keseluruhan ruang dengan warna neutral seperti putih dan pilih beberapa dinding untuk dijadikan ‘feature wall’. Bergantung kepada bajet anda, ‘feature wall’ ini boleh dicat dengan warna yang sesuai, atau dipasangkan kemasan jubin bersaiz besar atau juga boleh dipasangkan kemasan vinyl yang memberi efek seolah-olah kemasan kayu di dinding.
Untuk lebih menarik, pasangkan hiasan dinding yang boleh menyala dalam gelap seperti Walplus Dandelion Grow In The Dark Wall Stickers (XL Series) .
Tips #4 : Siling Lebih Tinggi, Lebih Cerah, Lebih Bernafas
Kini siling asbestos dan siling plaster dengan ornamen dan ukiran tidak lagi menjadi kegilaan. Sejajar dengan perubahan zaman, siling pilihan kini lebih ‘simple’ dan kemas.
Gambar: Ur-Style
Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (‘plaster siling’) atau kepada yang suka bereksperimen, boleh memilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik. Lebih tinggi siling adalah lebih bagus. Bagus untuk pengudaraan. Bagus untuk mewujudkan ruang yang lebih luas.
Selepas memilih gaya siling yang disukai, pasangkan lampu siling yang cantik seperti Foscarini Suspension Caboche chandelier W50cm .
Tips #5 : Jangan Takut Bermain Lampu
Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu samada berjenama atau tidak. ‘Be adventurous’. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor sahaja. Anda boleh buat carian internet ‘House of Lightings’, Puchong yang menawarkan pelbagai pilihan lampu pada harga yang cukup murah. Terdapat banyak lagi kedai seumpamanya yang menyediakan pelbagai rekabentuk dan citarasa. Ekspresikan personaliti anda dengan bermain dengan beberapa pilihan lampu (downlight, pendant light, spotlight, uplight dan sebagainya).
Gambar: Freshome
Untuk lampu kami lebih suka anda memilih lampu garam ini kerana dalam masa yang sama dapat meneutralkan udara sekeliling.
Aplikasikan 5 saranan kami ini dan pasti anda akan terkejut dengan ‘make-over’ rumah anda!
0 Response to "TIPS RENOVATION !! 5 Tips Ubahsuai Rumah Tanpa memerlukan belanja yang besar.. Tapi Rumah Anda Akan Dihiasi seperti Istana"
Post a Comment