Video Lapan Artis Wanita Ditahan Berpesta Dadah Dalam Bilik Hotel

Indonesia - lapan artis wanita termasuk penghibur ditahan ketika sedang berpesta dadah dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jakarta, semalam.

Artis yang dikenali sebagai Pretty Asmara, disyaki sebagai mengedar dadah kepada tujuh artis wanita  yang berada dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam laporan Detik.com, mereka hanya menyiarkan huruf pangkal nama artis terbabit iaitu SS (pelakon filem), EY (penyanyi dangdut), ES (penyanyi dangdut), MA (penyanyi dangdut), AH (pelakon sinetron), GL (model), dan DW (penyanyi pop).

Ketua cawangan anti-dadah polis Metro Jaya, Doni Alexander, berkata ketika serbuan ada tujuh artis wanita dalam bilik berkenaan namun tidak seperti Preety yang disyaki mengedar, artis lain disyaki mengambil dadah.

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut, termasuk ujian air kencing.

Pretty ditangkap sekitar 1 pagi, di sebuah hotel di Kemayoran, Jakarta Pusat, selepas polis menerima maklumat ada urusan jual beli dadah dan melibatkan artis di situ.

“Sebenarnya Pretty bukan sasaran kami, tetapi seorang suspek dikenali sebagai Hamdani namun kita juga menangkap Hamdani,” katanya.

Difahamkan, polis menemui 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya di bilik hotel sebelum menemui 1.12 gram lagi syabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 di bilik karaoke tempat mereka berkumpul. - Harian Metro

0 Response to "Video Lapan Artis Wanita Ditahan Berpesta Dadah Dalam Bilik Hotel"

Post a Comment