Remaja Cantik Dari Jerman Antara Ditahan

BAGHDAD: Seorang remaja perempuan dikenali sebagai Linda Wenzel berusia 16 tahun  yang menghilangkan diri ditemukan di Mosul, Iraq

Remaja perempuan kelahiran Jerman ini yang berasal dari Pulsnitz ditahan tentera prokerajaan kerana dipercayai menyertai militan Daesh.

Menurut laporan mStar Online, remaja berkenaan dipercayai menjadi anggota polis Daesh di Mosul.

Linda Wenzel ditemui di dalam terowong bersama beberapa wanita lain yang di antaranya turut memasang bahan letupan selain dilengkapi senjata api.

Selain remaja itu, beberapa wanita termasuk dari Rusia, Turki, Kanada dan Chechnya turut berada dalam terowong itu.

Tentera Iraq melancarkan operasi besar-besaran memburu militan Daesh di bandar itu pada Khamis lalu.

Linda Wenzel dipercayai melarikan diri ke Syria selepas menjalinkan hubungan dengan seorang anggota Daesh yang berasal dari Iraq.

Wenzel turut menipu keluarganya dan memaklumkan mahu tinggal bersama rakan-rakannya, menurut rakan-rakannya, sebelum keluar dari Jerman, Wenzel belajar bahasa Arab dan dipercayai tidak suka tinggal di rumah keluarganya.

Wenzel turut mengeluarkan duit dari akaun ibu bapanya menggunakan surat palsu, kemudian dia diseludup masuk ke Iraq dengan nama barunya, Mariam dan sekali-sekala memuat naik gambar dirinya memakai tudung dalam laman sosial.

Pihak berkuasa di Jerman, menggesahkan Linda Wenzel sebagai suspek pengganas yang dikehendaki.

Wenzel antara 20 anggota ISIS yang ditangkap selepas kejatuhan bandar tersebut berikutan peperangan selama 10 bulan yang menyebabkan kematian 25,000 orang dan kemusnahan bandar kedua terbesar Iraq. - mStar Online

0 Response to "Remaja Cantik Dari Jerman Antara Ditahan"

Post a Comment