Manir : Seorang penunggang motosikal kuasa tinggai maut apabila motosikal kuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas merempuh pembahagi jalan dalam Kejadian di Jambatan Pulau Sekati Manir petang tadi.
Dalam kejadian itu mangsa yang dikenali dengan nama Edy maut ditempat kejadian dalam keadaan tragis apabila cebisan tangan dan kepala nya berterabur ditepi jalan akibat kemalangan tersebut.
Mangsa maut akibat terkena penghadang jalan yang seseolah menghiris jasad mangsa impak dari kemalangan itu.
Arwah Edy amat meminati motosikal kuasa tinggi dengan motosikal itu juga arwah dijemput ilahi dengan tragis di petang khamis malam jumaat yang mulia.
Apa yang berlaku mengundang pilu seluruh keluarga arwah dan sahabat handai, adik arwah bernama Puteri Norain mohon supaya henti sebar gambar-gambar cebisan jasad arwah ditempat kemalangan yang tersebar di media sosial, sama-sama doa agar arwah tenang disana.
Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang disana. Al fatihah
Sumber: beritasayu
0 Response to "Kepala dan tangan terputus dihiris peghadang jalan..Superbike Edy terbabas (9Gambar)"
Post a Comment