Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Sejak Pra Sekolah, Tiga Lelaki Termasuk Ayah Kandung Ditahan.

Tiga lelaki telah ditahan berhubung kes rogol yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan
Suspek yang di tahan reman
Limbang, Sarawak: Tiga lelaki telah ditahan berhubung kes rogol yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan di sini pada semalam.

Ketiga-tiga suspek yang juga merupakan ayah kandung mangsa sendiri berusia 40 tahun serta dua orang sepupu mangsa yang juga merupakan adik beradik berusia 21 dan 17 tahun telah di tahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Kesemua suspek telah ditahan pada pukul 4.15 petang bagi membantu siasatan berhubung kes rogol kanak-kanak berusia 12 tahun selepas pihak polis menerima laporan yang di buat oleh ahli keluarga mangsa semalam.

Menurut sumber, mangsa yang kini berusia 12 tahun telah melalui detik hitam dalam hidupnya semenjak dia masih lagi di pra sekolah dan kejadian terbabit telah berlarutan sehingga dia masuk ke sekolah rendah.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak terbabit hanya di sedari oleh ahli keluarganya selepas mangsa sendiri telah menceritakan kejadian yang menimpanya sekitar pukul 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika di hubungi telah mengesahkan bahawa mereka ada menerima laporan berhubung kes terbabit namun begitu beliau enggan mengulas lanjut kes terbabit kerana masih lagi dalam siasatan pihak polis. - Utusan Borneo Online

0 Response to "Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol Sejak Pra Sekolah, Tiga Lelaki Termasuk Ayah Kandung Ditahan."

Post a Comment