Jamal Berniat Belanja Rafizi Minum Teh Tarik Dan Roti Canai

Kenyataan Rafizi Ramli ekoran Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos ayak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno dapat perhatian dari Jamal.

Semalam Datuk Seri Jamal Md Yunos ingin mangaja Rafizi Ramli untuk minum teh tarik dan makan roti canai ekoran kenyataan anggota Parlimen Pandan itu.

Menurut laporan Malaysiakini, Jamal akan datang ke kawasan Pandan untuk berbuat demikian sekiranya Rafizi sudi menerima kunjungannya itu.

“Saya mengalu-alukan saudara Rafizi dan ucap terima kasih pada beliau... saya nak belanja beliau teh tarik dan roti canai di kawasan beliau di Pandan.

“Saya nak belanja dia makan sebagai penghargaan sebab kata saya boleh jadi Ketua Pemua Umno sebagai tanda terima kasih.

“Kalau beliau serius (kata saya layak), saya pun serius. Bila-bila dia (Rafizi) free saya boleh datang ke Pandan, kita makan di kedai makan atau restoran,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Rafizi berkata Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Malah Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Sementara itu, Jamal berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Abdul Aziz semalam.

Pertemuan Jamal dan Nazri menyentuh mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno, “Kalau serius beliau (Nazri) akan nyatakan sokongan pada saya,” katanya. - Malaysiakini

0 Response to "Jamal Berniat Belanja Rafizi Minum Teh Tarik Dan Roti Canai"

Post a Comment