Kejayaan kelayakan Piala AFC U23, pandangan saya:
1. Yang Berjaya pasukan Malaysia, yang jadi separuh gila fans yang di FB daripada fans beberapa negeri.
2. JDT sendiri ada player yang dilepaskan dan ada player yang tidak dilepaskan. Seorang player yang x dilepaskan tu dijangka masuk ke pasukan senior. Pasal seorang ni pun fans negeri lain yang maki. Kalau player ni masuk nak masuk dua-dua yang senior dan yang U23, nak bagi player ni mati agaknya. (JDT tidak menghantar Haziq Nazli kerana Farizal digantung AFC)
3. TMJ sendiri sudah bermesyuarat dengan semua ahli gabungan yang menjadi wakil kelab untuk melepaskan player, tetapi tidak paksa mereka…, jadi janganlah salahkan kelab yang tidak mahu lepaskan player. Benda simple macam ni pun bergaduh…
4. Pasukan U23 ni yang hantar atas nama FAM, presidennya pun TMJ. Perbelanjaan tambang dan penginapan termasuk jurulatih semuanya dalam tanggungan FAM. X kan kita nak nafikan sumbangan FAM. Kalau fan rasa x boleh bagi kredit, esok hantar wakil sendiri jangan lalui ikut FAM.
5. Pada saya dengan tempoh perlantikan baru dan pelbagai rancangan TMJ untuk memperkukuhkan pelbagai peringkat pasukan bola termasuk perlantikan OKS sebagai jurulatih pasukan ini dan pasukan SEA, sememangnya kredit boleh diberikan kepada FAM.
6. Tahniah untuk FAM, TMJ, dan semua kelab yang memberi perlepasan kepada player atas kejayaan ini.
0 Response to "Inilah Sebab Kenapa JDT Tidak Mahu Menghantar 2 Pemain Mereka Ke Skuad Malaysia U22"
Post a Comment