Hati-Hati Dengan Orang Ini, Jumpa Terus Serah Kepada Pihak Polis.

Sabah - Tiga lelaki diburu oleh pihak polis kerana didakwa bergerak aktif melakukan kegiatan pecah rumah di beberapa buah kampung sekitar sini.

Menurut laporan polis yang di buat, kejadian pecah rumah terbabit telah dilakukan pada hari Khamis yang lalu di kampung Darau Lama, Kota Kinabalu ,Sabah.

Menurut mangsa pecah rumah terbabit, rumahnya telah di masuki oleh lelaki terbabit bersama dua orang lagi rakannya sebelum suspek juga turut berjaya melarikan diri.

Mangsa dikatakan telah mengalami kerugian kehilangan sebuah peti ais berjenama LG beserta kipas meja yang telah dilarikan oleh geng pecah rumah terbabit.

Walau bagaimanapun laporan polis telah di buat berhubung kejadian terbabit dan masih lagi tiada sebarang penangkapan dilakukan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat atau berjaya menangkap suspek bolehlah terus menghantarnya ke balai polis yang berhampiran atau pun ke Balai Polis Menggatal.

Suspek yang juga merupakan penduduk di Kampung Darau Lama  telah bergiat aktif bersama dua rakannya itu dalam melakukan kes pecah rumah di sekitar Kampung Darau, Kampung Rampayan serta kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Kampung Darau.-Wartawan Jalanan


0 Response to "Hati-Hati Dengan Orang Ini, Jumpa Terus Serah Kepada Pihak Polis."

Post a Comment