Bapa Bunuh Anak Gadis Sendiri Kerana Bercinta Dengan Lelaki Islam

Seorang ayah beragama Kristian di Israel telah membunuh anak perempuannya berusia 17 tahun dengan menikam leher mangsa bertubi-tubi kerana remaja itu didakwa telah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki beragama Islam,

Gadis yang dikenali sebagai Henriette Karra, 17 tahun, ditemui mati di rumah keluarganya di Ramle, Israel, dengan beberapa kesan tikaman di lehernya.

Ayah mangsa, Sami, 58 tahun, ibunya Aliham dan bapa saudaranya ditahan polis kerana merancang pembunuhan itu, seminggu selepas pertelingkahan mengenai hubungan terlarang itu bermula.

Henriette Karra dikatakan menjalin hubungan cinta dengan lelaki Islam yang berada di dalam penjara, Henriette Karra turut merancang memeluk Islam apabila teman lelakinya itu dibebaskan nanti.

Sebelum kejadian kejam ini berlaku, Henriette Karra pernah melarikan diri dari rumahnya kerana dipukul bapanya selepas hubungan cinta mereka diketahui keluarga.

Dalam pesanan teks kepada rakan-rakannya, Henriette memberitahu keluarganya mahu membunuhnya, antaranya:

“Kamu tak akan percaya apa mereka buat kepada saya.. Mereka hantar orang untuk bunuh saya.”

Kerana terdesak Henriette telah tinggal di rumah ibu teman lelakinya namun diketahui keluarganya yang kemudian memaksanya pulang sebelum dia ditemui mati.

Menurut pihak polis Ayah mangsa, Sami, ibunya Aliham dan bapa saudaranya itu dalam pemerhatian polis kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah sebelum ini

Kesemua suspek mengaku tidak bersalah di mahkamah kerana membunuh Henriette Karra dan memohon dibicarakan. – Agensi

0 Response to "Bapa Bunuh Anak Gadis Sendiri Kerana Bercinta Dengan Lelaki Islam"

Post a Comment