#NOSTALGIA ~ Olivia Newton John & Fenomena Grease


TAHUN 1978 filem Grease menjadi fenomena.

Lagu runut filem ini dimainkan di mana-mana.

Malah, radio RTM yang sukar menyiarkan lagu Barat pada era itu, turut dilanda kegilaan pada lagu Grease.

Jadi, pagi petang, malah siang malam, lagu Grease sentiasa berputar.

 Secara sejarah, filem Grease sangat berjaya.

Malah hingga kini jualan sountrack filem ini kekal sebagai kedua paling laris dalam sejarah industri filem.

Paling laris soundtrack filem Saturday Night Fever.

 Grease ditayangkan pada 1978 ketika era pawagam konvensional.

Setiap satu panggung dengan lima ke enam jadual tayangan sehari.

Di negara ini, Grease ditayangkan di rangkaian Rex. 

Apa istimewa Grease?

Tentulah lagu dan tariannya.

 Apa yang buat penonton berulang ke pawagam?


Tentulah kerana Olivia Newton John!

 Olivia berusia 30 tahun ketika melakonkan watak Sandy.

Di sisi aktor kacak John Travolta sebagai Danny.

 Olivia sangat cantik, hingga nampak sebaya dengan watak Sandy gadis high school.

Waktu itu, Olivia baru mencipta nama di Hollywood sebagai penyanyi.

Dia berhijrah ke Los Angeles dari Australia.

OLIVIA NEWTON JOHN 

Olivia hanya muncul dalam Grease, satu-satunya filem dalam sejarah empat dekad bergelar artis.

Olivia sangat sukses sebagai penyanyi. Dia memiliki rekod jualan 100 juta salinan melalui 11 album yang direlis.

 Sepanjang zaman, dia dikenang sebagai bintang comel yang digilai remaja selepas muncul dalam Grease.

 Cantiknya Olivia membuatkan remaja berulang-alik ke pawagam.

Grease bukan lagi aksi tarian luar biasa atau senarai lagu-lagu rock & roll berlatar era lima puluhan, tetapi semua terpaku melihat cantiknya Olivia.

 Apabila media menyiarkan berita Olivia berusia 30 tahun ketika filem itu direlis 1978 (lahir 26 September 1948), peminat remaja mengamuk.

Beranggapan usia itu palsu. Wajahnya sebagai Sandy terlalu comel untuk mencecah tiga puluhan.

 Begitulah fenomena Olivia pada era Grease.


Cuma tahun 1992, peminatnya gempar apabila Olivia disahkan kanser.

Dibedah dan kehilangan payu daranya. Peminat mengaguminya; terasa seperti dia masih Sandy – remaja comel dalam filem Grease.

 Setelah pulih, Olivia menubuhkan Cancer Wellness & Research Centre di Melbourne.

Dedikasi khas bagi usaha rawatan kanser.

Sesuatu yang bukan luar biasa kerana dia sendiri melalui derita sebagai pengidap kanser.

 Semalam sekali lagi gempar apabila Olivia mengumumkan pada usia 68 tahun, diri sekali lagi disahkan kanser.

Malah, kali ini dirawat di hospital yang ditubuhkannya.

 Semoga segera pulih Olivia.

Dia tetap Sandy, gadis high school yang comel dalam Grease.

Dia memang fenomena. – MYNEWSHUB.CC

 

0 Response to "#NOSTALGIA ~ Olivia Newton John & Fenomena Grease"

Post a Comment