"Nasi Sememangnya Dah Berlendir " Minta Tukar Balik Tapi Dimarah Balik Oleh Peniaga.

Mengikut kepada kajian, memang kebanyakkan rakyat Malaysia yang lebih menggemari membeli makanan di restoran atau di kedai-kedai makan berbanding memasak sendiri di rumah.

Tapi tahukah anda semua bahawa ada terdapat sesetengah makanan itu yang sebenarnya telah dikitar semula menjadikan ia makanan yang berbeza-beza.

Mungkin juga kebanyakkan orang sememangnya telah pun mengetahui fakta tersebut namun oleh kerana rasanya yang kadang-kala boleh di katakan sedap maka mereka hanya mengabaikan perkara tersebut.

Tahukah anda makanan yang di kitar semula itu boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan seperti keracunan makanan atau pun menyebabkan cirit-birit.

Makanan yang di katakan kitar semula adalah apabila sesuatu jenis makan yang berlebihan dibasuh dan di pelbagaikan lagi dengan masakan yang berbeza, contoh seperti ayam goreng semalam lebihan jualan semalam di basuh dan di jadikan ayam sambal atau kicap untuk di jualkan semula kepada pelanggan keesokkan hari.

Seperti kita ketahui sememangnya kebanyakkan restoran serta kedai makan melakukan perkara tersebut bagi mengelakkan kerugian jika mereka membuang lauk-lauk yang berlebihan tersebut kerana itulah mereka akan memasak semula lauk tersebut dengan menu yang berbeza.

Terdapat juga kes di mana makanan yang kita beli di kedai itu cepat basi ataupun sudah berulat, semua itu adalah kerana sikap penjual tersebut yang sanggup menjual lauk yang di masak berkali-kali daripada mengalami kerugian.

Perkara ini pun pernah terjadi kepada sahabat saya di mana dia membeli sebungkus nasi ayam di sebuah kedai makan namun ketika dia membawa pulang makanan tersebut ke rumah, dia amat terkejut kerana nasi ayam tersebut telah berlendir atau kata lain basi.

Sahabat saya terus ke kedai di mana dia membeli makanan tersebut serta memulangkan nasi tersebut namun sebaliknya terjadi apabila dia bukan sahaja tidak dapat menukar makanan tersebut malah dia dimarahi pula oleh peniaga tersebut yang mengatakan bahawa dia sengaja untuk mensabotaj perniagaannya.

Kesudahannya adalah hanya mencetuskan pergaduhan antara peniaga dengan pembeli.

Jadi jika ingin mengelakkan perkara tersebut berlaku kepada diri kita sendiri, seharusnya kita menjadi pembeli yang bijak.

Beberapa tip untuk membeli makanan di luar:
  • Sememangnya lebih baik jika masak sendiri di rumah.
  • Lihat dulu keadaan persekitaran kedai tersebut sama ada bersih atau tidak baru kita tahu makanan yang disediakan tersebut bersih atau tidak, jika kedai tidak bersih bayangkan makanan yang disajikan itu pun macam mana.
  • Cari kedai yang sememangnya ramai pelanggan dan pastikan makanan yang di masak di kedai tersebut selalu habis jadi tiadalah makanan yang di kitar semula.
  • Pilih kedai makan yang memasak masakan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Teliti dulu makanan tersebut sebelum membeli bagi memastikan lauk makanan tersebut masih dalam keadaan baik.
  • Hindarkan makanan yang terdedah kerana kita tidak tahu sama ada makanan tersebut telah dicemari dengan serangga seperti lalat atau tidak.
Wartawan Jalanan

0 Response to ""Nasi Sememangnya Dah Berlendir " Minta Tukar Balik Tapi Dimarah Balik Oleh Peniaga."

Post a Comment