Gosip Azza Elite menyara kehidupan keluarga, suaminya?

Pada: Ahad, 4 Jun 2017
Ahli Perniagaan, Azza Elite, Berita Artis, Nafkah, Penyanyi, Suami Isteri,
Perkembangan terbaru Azza Elite yang kini sudah berusia 39 tahun, dimana timbul cerita kononnya bekas penyanyi kumpulan Elite ni bekerja kuat untuk menanggung keluarga dan mempersoalkan, di mana suaminya?

Memetik portal mstarOnline, Azza menafikan hal itu sebaliknya dia dan suaminya, Azlan, 30 tahun menjadi tulang belakang untuk kejayaan pernaiagaan kosmetik yang mereka bina.

"Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

"Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan.

"Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ," katanya kepada mStar Online.

Tag : Ahli Perniagaan , Azza Elite , Berita Artis , Nafkah , Penyanyi , Suami Isteri

0 Response to "Gosip Azza Elite menyara kehidupan keluarga, suaminya?"

Post a Comment