Selepas usahawan kosmestik, Nur Sajat Kamarul Zaman memberi amaran kepada pengguna media sosial yang mengfitnahnya akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya terus memfitnahnya isu gambar dengan seorang lelaki tersebar di media sosial.
Hari Ini lelaki bergambar bersebelahan usahawan kosmestik, Nur Sajat Kamarul Zaman yang wajahnya ditutup menerusi satu perkongsian instagram pada Ahad lalu, tampil membari penjelasan selepas menerima kecaman daripada netizen.
Menurut Laporan Suara.TV, pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa ‘mencuri’ gambar-gambar pemuda ini di akaun Instagramnya dan menyiarkannya di media sosial dengan mengaitkan dirinya adalah lelaki ‘bertopeng’ di dalam gambar Nur Sajat.
Tidak cukup sekadar itu, jejaka yang pernah menyertai pertandingan badan cantik ini juga didakwa netizen sebagai kekasih baharu Nur Sajat, malah ada juga yang mendakwa dia meminati kaum sejenis.
Sehubungan itu, Mohd Tishrin Mohd Adnan, 25, berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mengecam dan memfitnah dirinya.
Katanya, paling terkesan adalah keluarganya termasuk rakan-rakan rapat yang terkejut dengan kisah tular berkenaan.
“Saya kesal di atas segala kritikan memberikan kesan kepada ibu bapa saya. Bagaimanapun, saya telah perjelaskan kepada keluarga terutama ibu bapa saya bahawa semua fitnah dan tohmahan itu tidak benar.
“Saya mengenali Nur Sajat sebagai rakan dua tahun lalu, dan pertemuan kami baru-baru ini lebih kepada membincangkan mengenai rancangan perniagaan,” katanya, lapor mStar.
Pemuda berasal dari Kota Bharu ini berkata, dia kini menjual produk kesihatan makanan dan minuman tambahan untuk kecergasan di samping menjalankan latihan senaman dan panduan diet secara dalam talian.
“Saya merancang untuk membuka kedai menjual produk makanan dan minuman tambahan di Kuala Lumpur tidak lama lagi,” katanya.
Tambahnya, disebabkan fitnah tersebut, perniagaannya sedikit terjejas tetapi kini kembali pulih malah bertambah baik.
“Alhamdulillah, dah ramai yang beli produk dan ada yang ‘repeat order’.
Pembeli bukan sahaja bertambah, tetapi pengikut saya di Instagram juga meningkat dari 14,000 kepada 17,000 pengikut hanya dalam masa beberapa hari.
“Saya berharap bisnes yang diusahakan ini terus berjaya dan mendapat sokongan semua,” katanya.
Mengenai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, Yin berkata, dia telah memaafkan mereka yang terbabit dan berharap perkara itu tidak berulang lagi.
Terdahulu, Nur Sajat membuat pengakuan bahawa gambar tersebut sebagai strategi pemasaran. - Suara.TV

0 Response to "Dikecam Bergambar Bersama Nur Sajat, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan"
Post a Comment