Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis

Seorang guru membuat aduan polis di Parit Buntar, Perak, berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahnun Mat Isa, 40, berkata dia terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.

Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ‘pengganas’ tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.

“Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ‘pengganas’ berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’,” katanya.

Mahnun berkata, dia terkejut dengan perkara itu lantas segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.

Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut. Olahan oleh: Amri Hassa Sumber: Bernama

0 Response to "Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis"

Post a Comment