Kenyataan Izara mengenai kontroversi itu, di laman Twitternya.
Menerusi satu kenyataan di Twitternya, pelakon J Revolusi itu berkata, video yang tersebar tersebut merupakan klip lama, dan bukan ketika dia menghadiri Anugerah Bintang Popular, di Putrajaya baru-baru ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Hai semua, saya mahu meminta maaf kepada keluarga saya, peminat dan semua yang tersinggung dengan video saya menghadiri satu pertunjukan fesyen.
Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini," katanya.
Izara berkata demikian berhubung sebaran sebuah klip lama yang menunjukkan aksinya berjalan di sebuah majlis keraian di mana dia dilihat mendedahkan sebahagian buah dadanya dek kerana baju yang dipakainya terlalu seksi.
Susulan daripada itu, Izara menerima kecaman orang ramai yang mendakwa dia tidak sensitif dengan adat budaya timur.
Klip video yang berdurasi selama tiga saat itu, bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikhnya.
ARTIKEL BERKAITAN: #PANAS ~ PAYUDARA NAMPAK SEPARUH, IZARA AISHAH KATA SUDAH MOHON MAAF
Jelas anak kacukan Pakistan itu, lagi video itu tersebar selepas dia mengesahkan akan berumah tangga pada akhir tahun ini.
Mengulas lanjut, Izara berkata dia mengambil tanggungjawab atas kecuaian berkenaan walaupun mengakui berasa aib serta sedih apabila ia tersebar.
"Saya memohon kemaafan daripada mana-mana pihak yang tersinggung.
Saya juga menganggap ini adalah ujian ALLAH dan satu pengajaran untuk saya," katanya.[SH]
0 Response to "#PENGAKUAN ~ Mohon maaf, anggap semua ini ujian ALLAH - Izara Aishah"
Post a Comment