Maksiat tidak mengenal waktu, bulan Ramadhan sepatutnya dengan amalan kini dicemari dengan maksiat apabila dua lokasi di Gua Musang di kesan menjalani aktiviti maksiat.
Menurut laporan Sinar Harian, tindakan licik pemilik premis berkenaan berjaya dihidu dan kawasan terbabit diserbu dalam Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan.
Operasi di dua lokasi itu diketuai oleh Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff bersama 30 anggota dan pegawainya.
Wan Mohammed Saupee berkata, serbuan bermula sekitar jam 11 malam sehingga jam 1 pagi itu berjaya menahan enam wanita warga Thailand yang sedang leka melayan pelanggan termasuk seorang lelaki warga tempatan yang melindungi wanita terbabit.
“Melalui serbuan di lokasi pertama, dua wanita warga Thailand berusia antara 30 hingga 47 tahun ditahan .
“Manakala dalam serbuan di lokasi kedua, kita berjaya menahan empat wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 37 tahun.
“Turut ditahan dalam premis di lokasi kedua itu, seorang lelaki Cina warga tempatan yang didapati melindungi wanita-wanita GRO terbabit di premisnya,” katanya kepada media di sini semalam.
Beliau berkata, modus operandi yang dijalankan pihak terbabit adalah menggunakan premis restoran dengan khidmat karaoke disamping menghidangkan hidangan arak serta menyediakan layanan GRO.
“Kita juga mengesan kebanyakan pelanggannya adalah warga tempatan dan juga pekerja warga asing yang bekerja di sekitar kawasan terbabit.
“Kesemua enam wanita warga Thailand itu ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan untuk menjadi pelayan di dua premis berkenaan.
“Manakala lelaki Cina tempatan itu ditahan kerana menyembunyikan dan melindungi wanita terbabit di premisnya,” katanya.
Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua Pati terbabit dihantar ke depot tahanan Tanah Merah dan lelaki terbabit ditahan untuk tindakan susulan.
“Semua mereka ini ditahan atas kesalahan 51(5)(b) & Seksyen 51(5)(a) Akta Imigresen untuk siasatan.
“Sejajar dengan usaha berterusan dalam menangani permasalahan kehadiran Pati dan kegiatan tidak bermoral yang didalangi oleh rakyat tempatan, kami di Jabatan Imigresen akan mempergiatkan operasi-operasi penguatkuasaan dan tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai alasan untuk memperlahankan tindakan operasi imigresen.” katanya. - Sinar Harian

0 Response to "Bulan Ramadhan Dicemari Aktiviti Maksiat Diserbu."
Post a Comment