“Tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka”

Walaupun telah membuat pencerahan mengenai Isu adik Thaqif, Madrasah Tahfiz Al-Jauhar terus menerima banyak persoalan daripada Netizen yang masih tidak dapat menerima akan kejadian tersebut. Pencerahan yang dibuat MTAJ sememangnya terbatas mungkin kerana kejadian itu masih dalam siasatan pihak Polis. Namun, dalam posting susulan MTAJ telah menjawab isu-isu yang dibangkitkan Netizen. Baca lagi:

Alhamdulillah.
Begitu banyak respon yang diberikan oleh orang ramai. Samada positif atau negatif. Terima kasih banyak. Kami mengambil kira semua itu untuk penambah baikkan akan datang. Posting terdahulu samasekali bukan untuk menutup apa-apa kesalahan. Ia dikeluarkan bagi menjawab beberapa isu terdahulu yang telah disahkan oleh Badan Bertanggunjawab. Antaranya isunya :

1. Madrasah tidak terurus
2. Madrasah tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi
3. Madrasah tidak mempunyai SOP
4. Madrasah tidak berdaftar
5. Madrasah tidak ambil tahu ttg latarbelakang pekerja
6. Kebajikan pelajar tidak dijaga dengan baik

Adapun kami faham, bahawa persoalan lain belum terjawab, cuma ia belum sesuai diulas dari pihak kami kerana ia mungkin berkait dengan siasatan. Tujuan penjelasan dibuat tentang keadaan MTAJ dari sudut kemudahan, pengiktirafan dan sebagainya itu adalah untuk mengelakkan orang ramai terus mendapatkan input yang salah tentang status madrasah ini.

2. Penyataan tentang surat dari Arwah yang telah diserahkan kepada pihak polis, itu bukan untuk memberi bayangan tentang arwah mempunyai sikap negatif. Tidak perlu diandaikan begitu. Kami menulis, ia mungkin membantu dalam mengenal watak arwah untuk menetukan apakah keadaan arwah benar seperti yg didakwa sedang merasa perit kerana didera emosi dan fizikalnya.

3. MTAJ memang tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka kerana 97% dari mereka, tidak pernah berurusan dengan MTAJ selama ini dan hanya bercakap dan menulis melalui persepsi dan sentimen yang dimainkan. Perkataan penderaan itu sendiri mungkin menyalahi keadaan yang sebenar. Mengapa arwah Thaqif perlu dipilih untuk didera sedangkan beliau baru berumur 11tahun, seorang kanak-kanak kecil yang tidak bermasalah dan hanya berada di MTAJ selama 57 hari sahaja. Sedangkan MTAJ mempunyai lebih 80 pelajar yang melebihi tempoh 1tahun yang mungkin sedikit antara mereka mempunyai masalah yang lebih besar dari sudut disiplin dan sahsiah.

4. MTAJ telah mempunyai pendirian untuk tidak mempertahankan perkara salah lebih awal sebelum tuan puan mengikuti perkembangan kes ini. Kami semua di MTAJ samsekali tidak pernah secara niat atau percakapan bersetuju dengan penggunaan getah paip untuk mendisiplinkan pelajar. Ia bukan keputusan bersama dalam mesyuarat atau SOP dalam pengambilan tindakan disiplin. Pemb warden islam, memukul pelajar menggunakan getah paip, ia tak boleh dijadikan sebab untuk kita mencemuh agama islam dan orang islam secara keseluruhannya. Kerana kita semua jelas apa pendirian islam tentang menghukum seseorang. Begitulah dalam konteks kes ini, apalagi untuk disalahkan madrasah-madrasah lain.

5. Syafiq akan dihukum menurut undang-undang setelah disabit bersalah. MTAJ tidak mempertahankan kesalahan beliau. Beliau diambil berkerja, setelah habis parol. Bukan masih dalam parol. Tugasan pembantu warden itu juga tidak memperuntukkan kuasa kepada syafiq untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar. Dan ia adalah kejadian pertama seumpamanya.

6. Permohonan maaf dan sebagainya, adakah tuan puan para bijaksana dan adil telah bertemu sendiri dengan keluarga hingga boleh dengan yakinnya menulis bahawa tiada permohonan maaf dibuat serta tiada sikap perihatin serta tanggunjawab terhadap Thaqif setelah insiden ini terjadi.

7. Semua saranan yang diberikan akan diambil kira oleh MTAJ untuk tindakan lanjut. MTAJ hanya perlu meminta maaf kepada netizen kerana tidak dapat menjawab semua persoalan. Ampun maaf zahir dan batin.

Sekian
Ahli Jemaah Pengurusan MTAJ.

The post “Tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2quIJ3O

0 Response to "“Tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka”"

Post a Comment