'Selepas Czer Nak Berdehem Pun Sakit, Belum Lagi Terbersin, Rasa Nak Terbarai Isi Perut'

'Selepas Czer Nak Berdehem Pun Sakit, Belum Lagi Terbersin, Rasa Nak Terbarai Isi Perut'

Oleh Ila Rahman

Nak tanya sikit, ibu yang beranak secara czer ini hina sangat ke, macam mana eh? Sebab ibu yang beranak normal asyik cakap,

"Nikmat beranak normal tak sama dengan beranak czer.  Bla... bla... bla.." 

*tak semua yang mulut puaka macam itu. 

Ini saya nak jawab sikit. Yang beranak secara czer ini pun beranak juga. Mengandung juga macam korang 9 bulan, anak diusung ke hulu ke hilir dalam perut ini. Cuma tak merasalah teran meneran segala itu. Tapi tak semestinya semua ibu czer tak merasa contraction. Ada yang merasa dua-dua. Dah contraction setengah mati, tapi jalan tak buka-buka lagi atau baby lemas. Air ketuban kurang and so on. 


Dah jangan cakap banyak, redha sodok masuk OT, emergency czer. Redha perut 7 lapis kena lapah, kena sulam, jahit-jahit stapler. Kalau tak tahu stapler itu apa, pergi Google. 

Selepas lapah-lapah itu, hanya Allah sahaja yang tahu sakit hilang bius itu macam mana. Menggigil badan. Jangan cakap suami saja yang cemas, kawan baik aku sendiri pun cemas. Siap terjerit-jerit panggil nurse minta pain killer sebab tak sanggup tengok kawan dia dah terketar-ketar macam ayam kena sembelih. 

Yang selalu kata, "Alah, bersalin czer tak sama sakitnya seperti bersalin normal", luka terkena pisau di jari pun korang dah mengelupur macam jari itu putus. Inikan pula kami yang czerian mother ini kena lapah-lapah? Boleh cakap,

"Kami ini bersabung nyawa nak push anak itu keluar. Yang czer relax saja, bius, baring dan tahu-tahu anak dah keluar, senang saja tak payah berpeluh-peluh, nurse tak payah marah-marah, jerit-jerit.."

Allahuakbar, apa punya statement la? Haih! 

Untuk makluman, sebelum kami baring syok-syok di atas meja melapah perut itu, kami kena peluk bantal syok-syok wohh untuk serah tulang belakang pada pakar bius. Kalau salah bius, boleh lumpuh satu badan. Jarum yang digunakan pula, jarum besar. 

Eh mana sakit, korang yang ambil darah pun tak sakit, kan? Sebab jarum itu kecil saja. Ini jarum besar cucuk tulang belakang itu, mana ada sakit. Tipulah kalau cakap sakit. Isk! Isk! Isk! 

Kalau boleh, kitorang pun nak jerit-jerit juga. Nak juga merasa jerit sesuka hati dalam hospital. Bukan senang dapat jerit dalam hospital. Itu rare! Ibu bersalin saja yang pihak hospital bagi peluang itu. Hahaha! 

Ibu czer ini, selepas dibius, muka dah pucat lesi, menahan kesejukan dalam bilik OT sambil merenung lampu OT itu, siap boleh nampak macam cermin lagi perut kitorang ini dirobek-robek. Kot terjerit, takut tersembur isi perut nanti. Kalau jerit-jerit keluar baby tak apa. Tapi best juga jerit-jerit free ini. Haha! 

By the way, "tak ada risikolah bersalin secara czer ini. Bukannya dapat pahala syahid pun kalau meninggal sebab beranak czer,". Aiyoyo, yeke? Macam bukan sama je ke? Enlighten me up please. 

"Selepas pantang bestlah sebab tak payah jaga nak duduk macam mana pun sebab 'ehem' itu tak berjahit. Tak risau longgar ke, kembang ke..."

Nak tersembur air milo aku dengar statement tu. Kau tahu tak selepas czer, nak berdehem pun sakit, ya Allah! Itu belum lagi kalau terbersin. Rasa nak terbarai isi perut yang berjahit panjang 10 sentimeter itu. Nak mengiring badan, nak bangun pun azab, ya Allah. Lagi nak duduk terkangkang? 

Rahim tetap rahim, tak kira selepas bersalin normal atau czer, mesti kena jaga. Bukan 'ehem' itu la, tetapi rahim. Rahim yang czer ini lagi teruk nak dijaga. Silap jaga, silap makan, silap bergerak, mau koyak rabak. Mungkin di luar tak, tetapi dalaman? Tahu kesan koyak dalaman? Internal bleeding. Itu belum lagi salah makan, mau bernanah-nanah busuk! 

Apa yang terjadi kalau dah begitu? Ada kes yang kena pergi hospital semula dan doktor buka semula jahitan, bersihkan semula dan jahit semula. 10 sentimeter ye, bukan 2 sentimeter. Menggigil tahan sakit. 

Jadi, jangan bezakan bersalin normal dengan czer. Setiap orang Allah dah sediakan jalan cerita dia. Siapa kita untuk menilai kehidupan dia? Cara dia melahirkan khalifah di bumi Allah. Saya teringin sangat-sangat nak bersalin normal. Allah, sakitnya yaraabi. Saya tak kata bersalin normal tak sakit dan senang. Tidak sama sekali. Cuma tahap kesakitannya itu berberza bagi setiap ibu. Ada bahagian masing-masing. Normal pun sakit, czer pun sakit. Bagi saya, kedua-duanya sama sakit. 

Saya juga merasa sakit contraction berjam-jam, cuma tak merasan meneran sebab pintu tak buka-buka. Agaknya masa itu tak ada elektrik, itu sebabnya pintu gate automatik saya ini tak bergerak untuk buka. Kena buka secara manuallah. Haha! 

Apa pun, cara bersalin itu ada kelebihan dan kekurangan. Kita sama-sama wanita, sama-sama bergelar ibu yang Allah menjadikan kita untuk melahirkan dan mendidik anak-anak kita. Supportlah each other in no matter how cara kita melahirkan amanah Allah itu. Jangan perlekehkan cara ibu lain melahirkan anaknya. Sebaliknya, kongsi pengalaman dan tips penjagaan pre, pro dan post pregnancy tanpa membanding beza. 

Bukan nak hentam orang bersalin normal, saya cuma kongsi jawapan kepada persoalan segelintir ibu-ibu yang keluar statement yang tidak baik seperti di atas. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Lain orang, lain gaya sakitnya. Janganlah merendahkan ibu yang bersalin czer ini, sedih tau. Kalau nak kongsi pengalaman bersalin masing-masing, silakan. Tetapi janganlah hentam sesama diri. 

Buat suami, jerih perih kami si ibu mengandung melahirkan serta mendidik tanpa ada cuti waima public holiday pun non hado, bahkan sehingga ke hujung nyawa tugas kami sebagai ibu kepada naak-anak, aset ke syurga kita tak pernah berhenti. Jadi, ringankanlah tubuh badan mental fizikal untuk bersama-sama memikul tugas tersebut bersama. Barulah betul bahagia till jannah. InshaAllah. 
loading...

0 Response to "'Selepas Czer Nak Berdehem Pun Sakit, Belum Lagi Terbersin, Rasa Nak Terbarai Isi Perut'"

Post a Comment