Kisah Sebenar Kepak Ayam Dibuang & Digali Semula Oleh Orang Kampung

Heboh apabila kepak ayam sebanyak 3 tan lori kontena dibuang dan ditanam ke dalam tanah sedalam lebih 3 kaki dalamnya.
Kepak ayam tersebut didakwa dirampas oleh pihak Kastam Sibu Sarawak menjadi tanda tanya apabila dibuang dan ditanam kerana disahkan telah dijangkiti penyakit H1N1.
Seperti menggali emas, penduduk kampung di Jalan Engkalat, Sibu, Sarawak terus menggali semula untuk mendapatkan kepak ayam tersebut yang masih segar seterusnya akan dicuci sehingga bersih.
Ada sumber memberitahu sebenarnya kepak ayam yang dibuang dan ditanam itu dirampas oleh pihak Kastam kerana tiada permit import yang sah diimport dari luar negara dan bukannya dijangkiti penyakit H1N1 seperti yang didakwa.
Tetapi, sudah pasti pihak berkuasa ada jawapan yang kukuh kenapa mereka membuang dan menanam kepak ayam tersebut yang dirampas sejak 31 Mac lepas.
Ada juga yang mengambil kesempatan mendapatkan kepak ayam tersebut dan menjual semula dengan harga yang sangat murah.

Sumber: tehpanas
VIDEO PENDUDUK KAMPUNG GALI SEMULA KEPAK AYAM YANG DIBUANG

0 Response to "Kisah Sebenar Kepak Ayam Dibuang & Digali Semula Oleh Orang Kampung"

Post a Comment