SELAIN minat mendalam dalam bidang seni, pelakon dan pelawak Enot mengakui cenderung bidang perniagaan terutama makanan.
Tidak seperti sesetengah artis yang berniaga mengikut musim, Enot komited dengan apa dilakukan kerana tidak mahu mensia-siakan kemahiran dalam masakan.
“Memang dari kecil saya suka memasak dan ia kini menjadi punca pendapatan saya untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan saya setelah tawaran berlakon semakin berkurangan.
“Walaupun penat, saya seronok berniaga kerana apa diperoleh setiap hari merupakan hasil titik peluh sendiri bersama dua anak perempuan saya dan sepupu di mana kami melalui susah senang bersama,” katanya yang juga sibuk di karnival selebriti dan usahawan Lefestour 2017.
Lebih tiga tahun lalu, Enot atau nama lengkapnya, Aliza Abdullah pernah berkongsi penyakit kanser usus yang pernah dihidapinya sehingga pernah satu ketika hilang punca pendapatan kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
“Alhamdulillah ALLAH bagi kesembuhan dan rezeki untuk saya meneruskan kehidupan dengan anak-anak.
Walaupun ia belum sembuh sepenuhnya, namun saya sangat bersyukur kerana masih lagi bernafas sehingga ke hari ini.
“Saya bangkit dengan semangat dan kekuatan diberikan oleh anak-anak yang sentiasa bersama dengan saya.
“Kalau tidak kenangkan mereka, mungkin sehingga sekarang saya masih lagi berkurung di dalam rumah dan meratap nasib,” luahnya.
Kata Enot, dia harap agar kembali diberi tawaran berlakon dan jalani kehidupan seperti biasa sebagaimana dahulu.
“Mungkin orang ingat saya masih sakit jadi mereka tidak berani berikan tawaran berlakon kepada saya kerana takut nanti akan menyukarkan produksi.
“Apa yang ingin saya katakan, kesihatan saya kini semakin baik dan saya sudah kembali bekerja seperti biasa,” katanya.
ALLAH tempat mengadu Ibu kepada Adnriana Balqis, 15, dan Ariana Qaseh Qistina, 10, ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi malah mahu sentiasa positif mendepani kehidupannya.
“Dulu saya selalu fikirkan cakap-cakap orang, malah pernah alami tekanan teruk ketika berdepan dengan kecaman yang dilemparkan kepada saya di laman sosial di mana mereka mengatakan saya menipu tentang penyakit saya sebelum ini.
“Namun kini saya tidak lagi mengambil serius tentang perkara itu, biarlah ALLAH sahaja tempat saya mengadu selain anak-anak yang jadi kekuatan saya kembali bangkit,” ujar Enot.
Di sebalik jatuh bangunnya, Enot yang bergelar ibu tunggal sejak lebih enam tahun lalu cukup bertuah kerana teman baiknya, pelakon dan pelawak, Didie Alias yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan.
“Walaupun orang nampak kami berdua sekejap baik sekejap bergaduh, tapi sebenarnya dia orang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya baik pada waktu susah atau senang.
“Begitu juga dengan saya, apa sahaja melibatkan Kak Didie saya cuba sentiasa berada di belakangnya bantu apa sahaja ikut kemampuan saya kerana hubungan kami bukan hanya sebagai rakan, tetapi sudah seperti adik-beradik,” akuinya.[SH]

0 Response to "#KOMITED ~ Sibuk berniaga, Enot tetap rindu dunia lakonan"
Post a Comment