Hafiz Hamidun Dituduh Mahu Nikahi Joy Revfa Kerana Harta
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun bakal berkahwin dengan Joy Revfa tidak lama lagi.
Namun ada mulut celupar yang membuat dakwaan tidak baik terhadap Hafiz Hamidun.
Ada pihak yang mendakwa Hafiz ingin dengan pengasas produk kosmetik terkenal dan kaya, Joy Revfa adalah kerana harta.
Sememangnya joy Revfa amat popualr sebagai owner Merve Cosmetic, produk yang amat laris di pasaran.
Apabila di tanya tentang hal ini, Ini komen balas dari Hafiz Hamidun :
“Sebenarnya saya sendiri tak kenal dan tidak mengetahui siapa dia pada peringkat awal. Jadi kalau ada tuduhan yang mengatakan saya menumpang kesenangan dia, anggapan tersebut tidak betul sama sekali”
“Sejak dahulu saya memang mencari pasangan hidup yang pandai berbisnes. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan tak mungkin mahu lagi menumpang orang lain. Jadi, bila bertemu dan ada keserasian, kami lanjutkan sahaja ke pernikahan,”
Sebelum ini Hafiz Hamidun ada menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai status ibu tunggal
Inilah dugaan buat Hafiz Hamidun, kesian. Biasalah mulut orang mana mampu nak tutup.
Semoga majlis perkahwinan berjalan lancar seperti dirancang. InsyaAllah.
0 Response to "Hafiz Hamidun Dituduh Mahu Nikahi Joy Revfa Kerana Harta"
Post a Comment