'Kenapa gatal sangat ni, sis?'

Screenshot yang dimuat naik di laman forum Cari
Heboh di laman forum Cari, isteri kepada seorang pelakon lelaki meluah rasa tidak puas hati pada seorang pelakon wanita yang didakwa menggatal dengan suaminya.

"Wonder if you still play victim this time? Drama apa pula dia nak tunjuk lepas ni. Standby popcorn ye!" demikian tulis si isteri.

Gambar 'chat' antara si suami dengan pelakon wanita itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit si suami juga dimuat naik dengan hashtag #kenapagatalsangatnisis dan #maruahletakmanasis. 

Selain turut 'memuji kehebatan' permainan pelakon wanita berkenaan, si isteri juga mendedahkan wanita itu pernah berkahwin, bercerai dua kali dan berusia 40'an. 








Netizen mula tertanya-tanya, siapakah artis wanita yang dimaksudkan. 

Ada segelintir netizen berpandangan bahawa itu hanya sekadar perbualan rakan-rakan artis sahaja. Tetapi tidak kurang juga yang berkata, perbualan seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan kerana lelaki itu merupakan suami orang. 

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah dipadamkan dari laman Instagram wanita berkenaan.

Apa pun, selesaikan dengan cara baik. Utamakan anak-anak, jangan kerana orang ketiga, rumah tangga yang sudah terbina lama musnah begitu sahaja. 

0 Response to "'Kenapa gatal sangat ni, sis?'"

Post a Comment