Patutlah Aku Cepat Marah Dan Emosi, Aku TERKEJUT Bila Ada Seorang Hamba Allah Bagitahu Apa Yang Ada Dalam Badan Aku !!!| Assalamualaikum… Kisah ini aku harap dapat menjadi pengajaran buat yang lain terutama kaum perempuan. Saya seorang wanita (sudah di alam dewasa, sedar diri) yang tegas apabila berada di kalangan kaum lelaki yang jauh dengan saya. Maksudnya tidak terlalu akrab atau bukan kawan sekelas. Kawan sekelas sendiri tidak berani dengan saya apatah lagi yang lain.
Nak dipendekkan cerita, baru-baru ini saya bertemu dengan seorang hamba Allah di luar negara. Pada asalnya saya cuma ingin meminta dia untuk mengeluarkan angin daripada badan saya tetapi akhirnya saya dikhabarkan dengan sesuatu yang menyentak diri saya.
Di bahagian lengan atas saya terdapat biji-biji kecil yang sangat banyak dan di bahagian pipi bawah juga berwarna merah seperti kesan ditampar. Sewaktu dulu ibu pernah memberitahu bahawa itu adalah kerana perubahan hormon. Ternyata, biji-biji kecil itu adalah akar jin dan syaitan yang ada di dalam tubuh saya.
Siapa yang tidak terkejut dengan berita seperti itu. Hamba Allah tadi cuba untuk mencabut akar-akar tersebut tetapi katanya terlalu banyak dan aura negatif atau kekuatan jin itu terlampau kuat dan dia tidak mampu untuk membantu mengeluarkan kesemuanya. Pada awalnya, dia menyimpulkan bahawa ini adalah dari keterunan iaitu sihir dan bukan saka.
Dia beroleh kelebihan merawat, merasa dan melihat makhluk halus ini daripada buyutnya. Akan tetapi sekiranya dia tidak mengaji, tidak solat dan tidak bersedekah dia tidak akan dapat mengubati orang dan sekiranya dia tidak ikhlas mengubati orang, penyakit itu tidak akan sembuh.
Keberadaan makhluk halus ini adalah salah satu asbab saya merasa berat untuk solat, mengaji, berzikir dan cepat marah atau emosi tidak stabil. Kebiasaannya seandainya saya sedang marah, saya hanya mendiamkan diri kerana saya tidak mahu mengeluarkan perkataan yang negatif atau bertindak di luar jangkaan. Saya gemar bersendiri dan berimaginasi yang entah apa-apa.
Beberapa hari kemudian, biji-biji di lengan saya semakin bertambah banyak. Saya takut kerana nanti saya akan kelihatan buruk. Saya terus bertanya kepada hamba Allah itu. Katanya, makhluk halus itu terasa diusik maka dia memperkuatkan bentengnya dari diserang.
Semalam, saya berubat lagi dengannya dan ketika itu saya melihat jari jemarinya bengkok seperti menarik tali yang sangat kuat, mulutnya cuma menyebut subhanallah dan astaghfirullah sahaja tidak berhenti.
Sesudah itu dengan muka marah, dia terus bertanya, “kamu pernah menolak lelaki ya?”
Saya sangat terkejut dengan soalannya.
“Betul kan, kamu pernah menolak lelaki? Jadi lelaki itu sakit hati dengan kata-kata kamu.”
Saya bertanya bila saya melakukan seperti itu. Dia suruh saya mengingat sendiri dan fikir betul-betul.
Lelaki itu telah meminta seseorang untuk menjadikan wajah saya kelihatan lebih dewasa dari usia, badan seperti sebuah pokok yang besar dan kulit yang berbiji-biji.
Astaghfirullah. Saya seperti ingin menitiskan air mata. Kenapa sehingga begitu sekali saya diperlakukan.
Dahulu, prinsip saya sekiranya tidak mahu seseorang menyukai saya adalah dengan membuat dia membenci diri saya. Sekarang prinsip itu memakan diri saya sendiri. Saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menolak perasaan orang kepada saya. Saya benar-benar tidak tega untuk menolak kerana saya tahu dia akan kecewa jadi saya cuba usahakan jalan yang lain.
Masalah sekarang, saya tidak tahu siapakah gerangan pelakunya? Ramai yang sudah saya tolak dengan cara baik dan cara menyakitkan hati jadi saya tidak dapat meneka siapa. Mereka semua kelihatan baik dan tidak akan melakukan perkara syirik ini jadi saya benar-benar buntu.
Buat anda, jangan pernah menyakiti hati orang lain. Berhati-hati lah dalam melakukan sesuatu. Seandainya anda ingin menolak, lakukan dengan cara yang sehabis baik agar dia mengerti bahawa anda bukan jodohnya.
Di kesempatan ini, saya ingin meminta agar anda mendoakan saya supaya saya ditemukan dengan pelakunya secepat mungkin kerana saya tidak tahu bilakah ajal saya tiba. Apabila bersalah dengan Allah, bertaubat tetapi kesalahan dengan manusia perlu meminta maaf. Mohon doa kalian dan saya juga doakan, anda tidak diperlakukan seperti saya. Moga Allah melindungi kita semua dari sebarang kejahatan. Wallahu’alam. Kredit:- IIUMC
0 Response to "Aku ialah seorang perempuan yang sangat tegas dengan lelaki yang aku tak rapat, nak dijadikan cerita baru-baru ni aku ada bertemu seorang hamba Allah ni, asalnya aku hanya nak dia buangkan angin dalam badan aku. Beberapa hari lepas tu kat badan aku timbul biji-biji kecil di lengan dan dagu yang sangat banyak...aku dah panik, kemudian aku baru teringat yang dulu aku memang pernah..."
Post a Comment