Gempar !!! Syarul Ridzwan Melamar Janna Nick...

Syarul Ridzwan-Janna Nick makin menyinar
KEDUA
-dua bintang baharu ini mula dikenali menerusi drama yang disiarkan di slot akasia di TV3.
Jika Syarul Ridzwan mencuri perhatian penonton menerusi drama bersiri Hati Perempuan, tidak kurang hebatnya dengan Janna Nick menerusi drama bersiri Syurga Nur. Menariknya, kali ini mereka berdua dipertemukan menerusi drama bersiri Kau, Aku, Kita yang sedang popular di slot Lestary TV3.
Berkongsi mengenai penglibatan mereka menerusi drama bersiri itu, kata Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ini, dia tidak menyangka penangan drama itu sangat hebat.
“Respons yang sungguh baik saya terima daripada peminat dan penonton. Mungkin kerana jalan cerita atau lakonan kami, ianya berjaya mencuri tumpuan mereka,” katanya.
Mengulas mengenai wataknya sebagai Iman Firdaus, akui Janna, tidak terlalu sukar baginya merealisasikan watak tersebut.
“Saya sendiri secara peribadi agak kasar orangnya, tetapi tidaklah sekasar watak tersebut.
“Cuma, saya perlu pastikan supaya karakter Nur Jannah dalam drama bersiri Syurga Nur tidak membayangi watak Iman Firdaus,” kata pelakon berusia 20 tahun ini.
Bagi Syarul Ridzwan pula, dia sangat gembira apabila wataknya dalam sisi komedi diterima ramai.
“Itu cabaran yang sangat berat. Tetapi, dengan tunjuk ajar daripada pelakon komedi hebat seperti Pak Su Shamsul dan Isey, semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Meskipun pertama kali digandingkan bersama, tetapi keserasian mereka berjaya digambarkan di layar skrin. Menurut Janna, amat mudah bekerja dengan Syarul sementelah dia menyifatkan jejaka itu sangat terbuka.
“Kami memang ada keserasian. Walaupun kali pertama berlakon bersama, tetapi keserasian itu tidak perlu dicari,” katanya.
Sementara itu, Syarul menyifatkan Janna adalah seorang pelakon yang sangat berbakat.
“Saya senang bekerja dengan dia, dia boleh dibawa berbincang dalam setiap babak bersama. Jika diteliti banyak babak yang kami sendiri enjoy dan bukan dibuat-buat,” katanya.

Tak harap paras rupa

Mengakui sebagai pelakon baru pelbagai cabaran menanti mereka, kata Janna lagi, dia juga mahu menjadi seperti pelakon lain yang terus diterima dalam industri seni.
“Bagi saya untuk terus diterima bukan kerana paras rupa semata. sebaliknya bakat menjadi kayu pengukur.
“Jadi, saya nekad berikan yang terbaik supaya peminat atau penonton terus mengingati saya,” katanya ingin menjadi pelakon yang versatil.
Syarul turut menyokong kata Janna dan memberitahu, versatil adalah perkara penting sebagai pelakon.
“Di dalam industri ini, saya cuba untuk menjadi seorang pelakon yang tidak terikat dalam satu skop sahaja.
“Saya tidak mahu dikenali sebagai pelakon ‘stereotype’, jadi dalam setiap karya saya akan cuba membawa kelainan dari masa ke semasa,” katanya.
Bercerita perkembangan terbaru mereka pula, Janna kini sedang menjalani penggambaran bagi drama Anakku Diva dan 2000 Kilometer Al-Haram.
Manakala Syarul baharu sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan produk kecantikan, iaitu Aisa Mask.

0 Response to "Gempar !!! Syarul Ridzwan Melamar Janna Nick..."

Post a Comment