'SHOPPING TUDUNG LEBIH PENTING DARI ANAK




MELAKA - Gambar seorang kanak-kanak terbaring kebosanan di hadapan kedai Adijuma, tersebar di laman sosial dan dikritik oleh netizen.


Gambar yang dimuat naik oleh Shahrul Anuar di premis Adijuma di Mydin Mall Melaka itu menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata mengkritik ibu kepada kanak-kanak terbabit.


"Tunggu mak beli tudung Adijuma. Kegilaan wanita bertudung sekarang sampai anak terbiar macam tu," katanya.


"Memang salah mak dia sebab sanggup menjadi bodoh nak bersesak beli tudung. Tak faham betul dengan perangai makcik-makcik atau kakak-kakak yang sanggup beratur nak beli tudung. Padahal berlambak kedai lain yang boleh beli dengan selesa. Konon nak eksklusif sangat, last-last jadi PPRT," kata Syam.


Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa perangai kanak-kanak memang seperti itu apabila mereka sudah bosan.


"Kadang-kadang, begitulah cara-cara mereka protes atau mungkin mereka penat sangat, saja-saja nak baring sebab budak-budak ini tiada perasaan malu sangat atau bersalah. Jadi, usahlah menyalahkan ibu budak itu 100% bila tengok budak-budak buat perangai seperti ini," kata Jan. - THEHYPEMEDIA.COM
by noreply@blogger.com (update) via Mesti Gempaq

0 Response to "'SHOPPING TUDUNG LEBIH PENTING DARI ANAK"

Post a Comment