Kronologi bagaimana Jurukamera TV3,membantu seorang warga emas yang lemah akibat sesak nafas




Kronologi bagaimana Jurukamera TV3, Jasme Saidin, 40, dan petugas media membantu seorang warga emas yang lemah akibat sesak nafas:


-Kejadian pada Khamis lalu, ketika Jasme bersama 22 petugas media Tabung Haji (TH) baru selesai melakukan ibadah melontar dan menuju ke maktab penginapan jemaah haji Malaysia.

- Kumpulan petugas media itu diketuai Pengarah Operasi Media TH Mohamad Naser Jaffar.

- Laluan ke kawasan perkhemahan itu sejauh tujuh kilometer (km).

-Ketika memasuki terowong Al Muasim, kumpulan petugas media yang bergerak secara berkumpulan ternampak seorang jemaah haji Malaysia tidak bermaya di tepi laluan pejalan kaki.

-Petugas media berhenti dan didapati wanita warga emas itu lemah akibat sesak nafas.

-Disebabkan warga emas berkenaan tidak mampu berjalan, Jasme kemudiannya mengambil keputusan menggendong wanita berkenaan.

- Selepas menggendong sehingga keluar dari kawasan terowong berkenaan petugas media menemui pengusung di tepi jalan.

_Petugas media secara beramai-ramai mengusung warga emas itu sejauh satu km sehinggalah tiba di khemah perubatan TH Maktab 94

-Kumpulan petugas media turut terpecah kepada tiga kumpulan ketika itu.

- Dua lagi kumpulan membawa seorang warga emas menggunakan kerusi roda yang sudah rosak dan satu lagi kumpulan mengusung seorang lagi warga emas menggunakan kain ihram.





by noreply@blogger.com (update) via Mesti Gempaq

1 Response to "Kronologi bagaimana Jurukamera TV3,membantu seorang warga emas yang lemah akibat sesak nafas"

Post a Comment