KISAH IBU YANG DITINGGALKAN SUAMI MELAHIRKAN ANAK DI SEBUAH PONDOK




5 bulan yang lalu seorangg ibu melahirkan anaknya di sebuah pondok di belakang madrasah dan saya membantu kelahiran itu. Sedih hati saya melihat seorang ibu yang sarat mengandung ditinggalkan suami dan menumpang tinggal di Madrasah, akhirnya bersalin di pondok itu jugak, selama mengandung tidak pernah sekalipun pun buat rawatan kerana dia seorang PATI.

Dibawah jagaan ibu ini juga terdapat seorang kanak-kanak OKU, dan banyak lagi kisah orang 'pelarian' yang hidup tanpa sebarang kemudahan untuk dinikmati dan dikongsi oleh saudara seislam yang lain.

Daripada retetan kesusahan orang di sekeliling ini saya terfikir apakah yang boleh kita bantu mereka ini? Kini saya telah menubuhkan sebuah klinik wakaf untuk mereka bagi memberi sedikit 'hak kemanusiaan' pada mereka iaitu kalau anak mereka sakit kita tolong ubatkan, kalau isterinya nak bersalin kita bantunya, kalau yang meninggal tu kita kebumikan dan kalau dalam kesusahan kita bantu ikut kemampuan.

Buat saudara-baudara dan sahabatku, semua klinik ini saya tak mampu nak jalankan sendiri saya harap adalah sesiapa boleh bantu bagi rawatan, bagi ubatan, bagi perkakas sebagai sebuah kilinik, klinik Wakaf Ibnu Sina ini hanya menyewa sebuah rumah yang berharga Rm600 sebulan dan permulaan ini bayar rm 1400 iaitu deposit dan sebulan sewa serta air dan letrik rm200, mula operasi selepas raya ni. Saya menerima apa jua sumbangan untuk menjalankan klinik ini.

- Rusnah Abu Samah

by noreply@blogger.com (update) via Mesti Gempaq

0 Response to "KISAH IBU YANG DITINGGALKAN SUAMI MELAHIRKAN ANAK DI SEBUAH PONDOK"

Post a Comment