Keadaan Semasa Nabil Yang Kini Menunaikan Ibadah Haji Di Makkah

Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 32, yang kini berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat.

Nabil berkata, dia dan kumpulan jemaah haji lain dari Malaysia masih berada di Makkah dan akan ke Mina untuk melontar jamrah malam ini selepas Isyak waktu tempatan.

Menurutnya, dia tidak berada di tempat kejadian ketika insiden rempuhan di Mina.


"Alhamdulillah, saya bersama kumpulan jemaah lain berada dalam keadaan selamat kerana kami akan keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya' di sini," katanya kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Nabil turut melahirkan rasa sedih dan pilu di atas kematian jemaah haji lain dalam tragedi itu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara terbabit. Bagaimanapun, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana ajal dan maut adalah kuasa Allah SWT.

"Doakan semoga saya dan jemaah lain diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah ini," katanya.

Nabil yang bertolak bersama 20 jemaah lain pada 19 September lalu dijangka pulang ke tanah air pada 30 September ini.



by noreply@blogger.com (update) via Mesti Gempaq

0 Response to "Keadaan Semasa Nabil Yang Kini Menunaikan Ibadah Haji Di Makkah"

Post a Comment