Terkejut Beruk satu Dunia bila tahu mereka ini BUKAN KEMBAR !!. SIAPA MEREKA SEBENARNYA ?


Pepatah Melayu ada mengatakan, pelanduk dua serupa. Selain dari kembar kandung yang dilahirkan dari ibu bapa yang sama, memang wujud orang yang berwajah sama, sebijik, 99% seiras tetapi tiada pertalian darah langsung.

Niamh Geaney gigih mencari kalau-kalau ada orang yang berwajah sama sepertinya di setiap pelusuk dunia melalui carian media sosial. Alangkah terkejutnya dia bila dia dapat tahu ‘kembar’nya, Karen Branigan tinggal tidak jauh dari tempat tinggalnya; kalau memandu cuma ambil masa satu jam!
Bila ditanya tentang perasaan apabila bertemu kembar bukan kandung, menurut Niamh, dia hampir tak percaya bila melihat wajah Karen yang sangat mirip wajahnya, malahan mereka pun ada memek muka yang sama.

Bercerita tentang kehidupan peribadi mereka, Karen Branigan ada lima adik beradik, manakala Niamh pula tiga dan menurut mereka adik beradik mereka tiada pun yang sangat seriras antara satu sama lain berbanding Niamh dan Karen. Dari segi personaliti pula, Karen lebih pemalu dari Niamh.


Niamh telah melancarkan projek “Twin Strangers” sebuah projek suka-sukanya untuk menolong sesiapa mencari kembar seiras bukan adik beradik. Setakat ini, selain Niamh, dua orang rakannya Harry dan Terence turut menyertai projek ini dan berjaya mendapat kembar seiras mereka, cuma tidak sampai taraf sebijik macam Niamh dan Karen.




0 Response to "Terkejut Beruk satu Dunia bila tahu mereka ini BUKAN KEMBAR !!. SIAPA MEREKA SEBENARNYA ?"

Post a Comment