Negara Yang Pernah Melarang Rakyatnya Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Rakyat Suku Uighur (foto: bbc.com)

Sebagai negara majoriti Muslim, kedatangan bulan puasa di Malaysia tentu sangat dinanti-nanti dan disambut dengan meriah sekali. Namun lain pula dengan mereka yang tinggal di negara minoriti Muslim.

Bagi penduduk Muslim yang tinggal di negara minoriti, menjalankan ibadah puasa menjadi satu dugaan yang berat. Ini kerana kerajaan di beberapa negara minoriti ada yang melaksanakan larangan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, larangan itu turut juga dikenakan buat rakyat Muslim. Bahkan sebahagian negara akan mengenakan tindakan kepada rakyat Muslim yang melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Sudah tentu larangan tersebut mencetuskan kemarahan kepada rakyat Muslim di negara minoriti. Mereka mahu hak melaksanakan ibadah puasa dan kebebasan beragama tidak disekat. Di bawah negara-negara yang melarang penduduknya berpuasa di bulan Ramadhan.

1. China




(Foto: dw.com)


Penduduk bangsa Uighur di Xinjiang, China, merupakan penganut Islam terbesar di China. Beberapa tahu kebelakang ini, kerajaan tempatan di Xinjiang pernah melaksanakan peraturan kontroversi di mana warga suku Uighur dilarang menjalankan ibadah puasa. Mereka diugut akan diberi hukuman jika didapati menjalankan ibadah puasa.

2. India



(Foto: reuters.com)

Kerajaan India memang tidak melarang rakyatnya yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah puasa. Namun toleransi antara umat beragama di sana masih sangat kurang sehingga banyak menimbulkan perpecahan kerana perbezaan agama.

Buktinya pada tahun 2014 lalu, seorang ahli parlimen sebuah parti memaksa seorang pekerja restoran yang sedang menjalankan ibadah puasa untuk memakan roti di siang hari. Dia sanggup memaksa pekerja tersebut kerana kecewa tidak ada makanan di kantin yang dijaga pekerja Muslim itu.

3. London

(Foto: gettyimages.com)

Antara negara di Eropah yang cukup anti-Islam adalah negara UK. Namun perlahan-lahan, UK sudah mula terbuka dengan Islam. Walaupun demikian, di beberapa kawasan di UK, masih sering berlaku sikap tidak bertoleransi beragama.

Beberapa tahun lalu, beberapa sekolah rendah di London melaksanakan peraturan larangan melaksanakan ibadah puasa bagi setiap pelajar yang beragama Islam. Para guru besar mengedarkan surat kepada ibu bapa Muslim untuk melarang anaknya berpuasa. Alasannya kerana ibadah puasa dianggap mengganggu aktiviti pembelajaran.

4. Myanmar


(Foto: coconuts.co)

Warga muslim di Myanmar, terutama dari etnik Rohingya, mendapat layanan yang sangat teruk oleh rakyat yang beragama buddha bahkan pemerintahnya sendiri. Mereka mengugut akan mengambil tindakan kepada sesiapa saja yang melaksanakan ibadah yang biasa dilakukan umat Islam, termasuk juga ibadah puasa. Beberapa tahun lalu, Myanmar pernah menyekat orang islam dari solat di dalam masjid.

0 Response to "Negara Yang Pernah Melarang Rakyatnya Berpuasa Di Bulan Ramadhan"

Post a Comment