Gadis dicabul di tempat letak kereta Aeon Cheras Selatan tampil mencerita kisah dia di cabul oleh lelaki berusia lingkungan 20-an Khamis lalu.
Mangsa, Priscilia Gallyot, diraba di bahagian punggung oleh suspek yang telah mengekorinya dari belakang.
“Saya pergi ke Aeon di Balakong, tetapi baru tersedar yang saya terlupa tertinggal beg di dalam kereta. Jadi, saya pun kembali semula ke kereta dan ketika itu saya perasan lelaki itu berkelakuan pelik dan mengekori saya dari belakang.
“Saya terus berhenti dan tanya apa yang dia mahu? Tiba-tiba dia meluru ke arah saya dan mengenggam punggung saya,” katanya.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus melarikan diri sambil menjerit meminta tolong dan memanggil teman lelakinya untuk datang menyelamatkannya.
“Saya ingat saya dah berjaya melarikan diri. Tetapi bila toleh ke belakang, lelaki itu berada di belakang dan mahu memeluk saya tetapi gagal berbuat demikian,” katanya.
Apa yang lebih mengejutkan, kawan kepada mangsa juga dicabul suspek.
Mangsa kemudian membuat aduan kepada pihak pengawal keselamatan Aeon Cheras Selatan dan juga laporan polis. Polis juga telah menahan suspek yang masih berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta, yang dipercayai mencari mangsa barunya.
Berdasarkan video, suspek terbaring di atas jalan dan hidungnya berdarah akibat dipukul. Apabila polis menyoal mengapa dia berbuat demikian, suspek hanya menjawab, “Tak tahu”.
Di media sosial, netizen berpendapat mungkin suspek mempunyai masalah mental atau berada di bawah pengaruh dadah.

0 Response to "Mangsa Cabul Tampil Cerita Detik-Detik Dicabul Suspek Gila Seks"
Post a Comment