Dipertikai Buat Drama Untuk Anaknya Yang Telah Meninggal Dunia, Ini Kenyataan Linda Rafar

Dipertikai Buat Drama Untuk Anaknya Yang Telah Meninggal Dunia, Ini Kenyataan Linda Rafar



Pada tahun 2014, satu dugaan yang besar melanda Linda Rafar apabila salah seorang anaknya bernama Memen telah pergi buat selama-lamanya.

Kini, Linda Rafar merancang untuk menerbitkan sebuah drama bagi mengenang arwah anaknya itu.

Namun rancangannya itu telah dipertikai sesetengah pihak seolah-olah dia belum boleh menerima kehilangan itu dan masih belum move on.

Ini komennya:

"Mereka boleh mengata kerana mereka tidak berada di tempat saya..." 

"Bukan saya tak boleh 'move on' dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

"Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba,"


Satu novel berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga pernah dihasilkan sebelum ini sempena memperingati arwah Memen.


Menunggumu Di Pintu Syurga kini akan dihasilkan  dalam bentuk drama dan filem untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kekuatan menempuh situasi dan dugaan itu.

Linda Rafar juga bakal berduet dengan seorang penyanyi untuk sebuah lagu yang dibuat khas untuk arwah Memen.

Untuk watak arwah anaknya itu agar nampak lebih realistik, Linda Rafar sendiri akan mengetuai sesi uji bakat agar pelakon yang dipilih mempunyai persamaan dengan personaliti seiras arwah.

Ini komennya:

"Benar, saya sendiri akan lakukan uji bakat untuk watak arwah Memen di mana pelakon tersebut harus berusia sekitar 11 tahun, mempunyai bentuk tubuh dan tona suara seperti arwah kerana saya percaya faktor-faktor ini akan memberi lebih feel kepada semua pelakon terutama saya sendiri sebagai ibunya,"

Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia kini sudah menemui penyanyi untuk berkolaborasi menerusi sebuah lagu yang dicipta khas untuk arwah anaknya itu.


Arwah Memen menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Linda Rafar berkahwin dengan suami pertama, Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 9, dan Syed Rezariiq, 6.

0 Response to "Dipertikai Buat Drama Untuk Anaknya Yang Telah Meninggal Dunia, Ini Kenyataan Linda Rafar"

Post a Comment