Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Panas Dato Aliff Syukri Apabila Dato Seri Vida Bercerai

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Panas Dato Aliff Syukri Apabila Dato Seri Vida Bercerai



Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz.

Penceraian ini sememangnya mengejutkan ramai pihak apatah lagi melihat kebahagiaan mereka di laman sosial dan juga di rancangan realiti tv.

Namun ternyata perkahwinan mereka berdua gagal diseleamatkan.

Apabila bercerai, Dato Aliff Syukri, rakan kepada Dato Seri Vida ada menulis memberi pendapatnya tentang pencerai rakannya ini.

Jom baca nukilan dari Dato Aliff Syukri:

Aku nak bahagia!! Semua orang kahwin semua nak bahagia dan kekal. Kesian sahabat saya ni..semoga kakakku tabah.

Saya tengok, ramai mengencam beliau, kisah rumah tangga beliau saya hanya mampu melihat sebagai seorang sahabat saya doakan yang terbaik.


Hakikatnya saya tahu apa yang berlaku sebelum ni lagi. Ye lah kawan lama saya, yang saya selalu kongsi hal bisnes dan family dari 10 tahun lepas.

Kepada yg tak mengenalinya mngkin boleh menghukum dan mengecam tetapi tidak pernah terfikir ditempat beliau.


Bukan senang menjadi bisnesmen atau wonen yang sentiasa dilihat masyarakat sebab kami bukan artis, kami usahawan.

Saya yakin kalau saya ditempat dia emosi kalau tak stabil boleh jadi gila, duit bukan pengukur kebahagiaan.

Bagi saya walau sehebat mana pun seorang wanita itu, dia juga hanya la insan biasa seperti wanita lain, mahukan seorang teman disampingnya sehidup semati. 

Dapat berkongsi susah senang bersama walau pun hakikatnya dia seorang jutawan yang boleh berdiri di atas kaki sendiri tapi sekarang ni susah nk jumpa org yg betul-betul ikhlas.
 

Kebanyakannya suka mengambil kesempatan jer.

Semoga tabah kakakku memperjuangkan industri kosmetik ini walapun bak cendawan tumbuh selepas hujan #pesanansahabat

Itulah nasihat dan pesanan dari seorang sahabat.

Katanya memang sukar nak mencari pasangan hidup yang jujur kerana kebanyakkan suka mengambil kesempatan.

Apapun semoga DS Vida berjaya mencari kebahagiaan sendiri terutama pasangan hidup.

0 Response to "Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Panas Dato Aliff Syukri Apabila Dato Seri Vida Bercerai"

Post a Comment