"Murid yang mengejek dan menghina Guru Biadap di lama sosial"

Tulisan ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli mengenai tindakan seorang pelajar di sebuah sekolah yang menghina gurunya biadap. Baca lagi


Pagi ini tersentak bila baca post ini. Post seorang murid yg mengejek dan menghina gurunya BIADAP di laman tweeter gara-gara guru tersebut tulis :-

"Untuk mengelakkan aku stress, lantak kau nak buat apa. Yg nak belajar, tolong siapkan karangan. Yg tak nak boleh berambus sekarang"

Aku pun pernah remaja. Aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun pernah membenci dan berdendam dengan guru atas sebab-sebab yg tertentu. Tapi tidak sampai ke tahap mengejek dan menghina guru sendiri. Tidak sampai memalukan guru yg menyampaikan ilmu kepadaku, kerana aku tau keberkatan sesuatu ilmu terletak pada guru!

Murid ini sebenarnya BIADAP! Murid ini sebenarnya TIADA ADAB! Entah berapa banyak gurunya ini memendam rasa. Entah berapa lama gurunya ini menanggung duka atas perangai murid-murid beliau. Kuasa merotan kini tiada, usahkan mencuit, berleter pada murid pun dianggap satu kesalahan guru! Maka apa yg tinggal? Apa lagi kuasa guru untuk mendidik anak-anak murid yg nakal dan tidak mendengar kata? Rujuk kaunseling? Apa kau ingat setakat 2-3 kali kaunseling murid boleh berubah sekelip mata? Terus menjadi murid contoh? Apa cara lagi boleh diguna untuk mendidik murid?

Cikgu ini,walau siapa pun dia aku tetap menyokongnya. Mungkin perkataan "berambus" itu agak kasar, tapi beliau tidak meluahkan dengan kata-kata, hanya melalui tulisan malahan siap ada lukisan emosi senyum lagi smile emoticon kat bawah tu. Guru ini menggunakan perkataan "berambus" pada 24 Ogos 2015. Sedarkah anda berapa lama guru ini bersabar dengan karenah pelajarnya? 8 bulan penuh kesabaran! Guru ini guna "berambus" ada yg kata kasar, pelajar yg guna perkataan BIADAP kepada guru sendiri pula pelajar yg baik? Perkataan "berambus" itu perkataan yg lembut untuk murid sebiadap ini. Cukup lembut!

Guru ini, siapa pun dia, aku yakin guru yg penyabar,penyayang dan baik hati. Lihat saja pada ayat beliau yg ini "yg nak belajar TOLONG siapkan". Ini bukan ayat arahan, ini ayat rayuan. Seorang guru MERAYU kepada pelajar-pelajarnya untuk menyiapkan kerja dikatakan biadap? Mana lagi korang nak cari guru sebaik dan sesabar ini?

Maka benarlah segala isi kandung luahan guru pada Seminar Pendidikan Antarabangsa pada 22 Ogos yg lalu. Anak kita sedang tenat. Ya, anak-anak kita sedang tenat!

- Siapa pun guru ini, di mana pun beliau mengajar, aku yakin dan pasti beliau merupakan seorang guru yg baik.

0 Response to ""Murid yang mengejek dan menghina Guru Biadap di lama sosial""

Post a Comment